"Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga.”
(HR Thabrani).
ُِูููุฌُ ูฑََّْููู ِูู ูฑََّูููุงุฑِ َُِููููุฌُ ูฑََّูููุงุฑَ ِูู ูฑَِّْููู ۚ ََُููู ุนَِููู
ٌۢ ุจِุฐَุงุชِ ูฑูุตُّุฏُูุฑِ
“Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.”
(Qs Al Hadid:6).
*GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN.*
๐ Mereka yang Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan "tetapi" membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu saja tanpa amal yang bermanfa'at.
๐ Mereka yang menunggu-nunggu waktu berbuka puasa "tanpa" mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di saat-saat mustajab doa.
๐ Mereka yang bangun untuk bersahur semata-mata "tanpa" beramal dan mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
๐ Mereka yang dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan "tetapi" bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.
๐ Mereka yang mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang untuk mempelajari "tetapi" membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.
๐ Mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama "tetapi" kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.
๐ Mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah "tetapi" tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.
๐ Mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan "tetapi" membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.
๐ Mereka yang bersungguh-sunggu memelihara puasa dari perkara yang membatalkan "tetapi" berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.
๐ Mereka yang sampai umurnya ke penghujung Ramadhan "tetapi" tidak berusaha untuk memburu kebaikan malam AL QADAR.
0 komentar:
Posting Komentar